Manufacturing Press Releases
SEE OTHER BRANDS

Your manufacturing news from the world

eXp Realty Dilancarkan di Jepun, Menandakan Kemasukan Pasaran Global Keempat pada Tahun 2025

Jepun menyertai rantau Asia Pasifik eXp yang semakin berkembang apabila lebih ramai ejen mencari model yang menawarkan kebebasan, pemilikan dan capaian global.

BELLINGHAM, Washington, July 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- eXp Realty®, firma hartanah bebas terbesar di dunia dan anak syarikat utama kepada eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), hari ini mengumumkan pelancaran rasmi di Jepun, menandakan pelancaran antarabangsa keempat syarikat itu tahun ini, selepas Peru, Turkiye dan Ecuador.

“Ejen di Jepun telah lama beroperasi dalam sistem yang tidak memberikan banyak ruang untuk pertumbuhan,” kata Felix Bravo, Pengarah Urusan, Bahagian Antarabangsa di eXp Realty. “Ini bukan soal bekerja lebih keras — mereka memang sudah bekerja keras. Masalahnya adalah struktur. Kebanyakan model mengambil terlalu banyak dan memberikan terlalu sedikit sebagai balasan. Kami memperkenalkan platform yang mengubah keseimbangan itu. Ekonomi yang lebih baik, pemilikan sebenar dan daya pengaruh global. Itulah identiti eXp.”

Bagi memulakan pelancaran ini, eXp akan menganjurkan acara sambutan secara langsung di Tokyo pada 2 Oktober 2025, di mana barisan kepimpinan syarikat akan berkongsi visi, model dan makna detik penting ini untuk ejen-ejen yang bersedia mengambil kawalan perniagaan mereka.

Pelancaran di Jepun mengukuhkan kehadiran eXp di rantau Asia Pasifik dan memacu matlamat syarikat untuk mencapai 50,000 ejen di negara luar Amerika Syarikat menjelang tahun 2030. Dengan model perniagaan paling berskala dalam industri hartanah, eXp menyokong ejen solo yang mengendalikan perniagaan kecil yang berprestasi tinggi serta mereka yang membina pasukan antarabangsa berskala besar — semuanya dengan fleksibiliti, pemilikan dan capaian global untuk berkembang pada setiap peringkat.

Ken Tanaka, tokoh yang dihormati dalam sektor hartanah Jepun akan mengetuai pasaran baharu ini. Beliau membawa pengalaman berdekad lamanya, pemahaman mendalam tentang dinamik pasaran Jepun dan fokus yang jelas dalam membantu ejen berjaya dalam persekitaran perniagaan moden.

“Industri broker hartanah di Jepun telah lama lambat beralih daripada model tradisional yang usang,” kata Ken Tanaka, Ketua Negara eXp Jepun. “eXp ialah satu penetapan semula sepenuhnya — sebuah platform yang dibina untuk kebebasan, inovasi dan pertumbuhan. Di sini, ejen membina perniagaan mengikut cara mereka sendiri. Jepun sudah bersedia untuk masa depan di mana ejen menjadi keutamaan.”

Keunikan eXp Realty Bagi Ejen Hartanah Jepun

  • Tiada keperluan pejabat fizikal — berasaskan awan, boleh bekerja dari mana sahaja
  • Struktur komisen yang menarik direka untuk memaksimumkan pendapatan ejen
  • Peluang perkongsian hasil dan ekuiti (tertakluk kepada undang-undang dan ketersediaan tempatan)
  • Rangkaian ejen global merangkumi pelbagai negara untuk rujukan dan kolaborasi
  • Latihan langsung, sokongan kepimpinan dan bimbingan menerusi eXp World, LearnWorlds dan Slack

Ejen yang bersedia untuk mengawal kerjaya mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.expjapan.co.jp.

Perihal eXp World Holdings, Inc.
eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) (“Syarikat”) ialah syarikat induk eXp Realty® dan SUCCESS® Enterprises. eXp Realty merupakan syarikat pembrokeran hartanah bebas yang terbesar di dunia dengan hampir 81,000 ejen di 28 negara. Sebagai syarikat pembrokeran berasaskan awan dan berpusatkan ejen, eXp Realty menyediakan pembahagian komisen, perkongsian hasil, peluang pemilikan ekuiti terbaik dalam industri kepada ejen hartanah dan juga rangkaian global yang memperkasakan ejen untuk membina perniagaan yang berkembang maju. Untuk maklumat lanjut, layari expworldholdings.com.

SUCCESS® Enterprises, yang diterajui oleh majalah SUCCESS® telah menjadi nama yang dipercayai dalam pembangunan peribadi dan profesional sejak 1897. Sebagai sebahagian daripada ekosistem eXp, ia menyediakan akses kepada sumber berharga untuk meningkatkan kemahiran ejen, mengembangkan perniagaan mereka dan mencapai kejayaan jangka panjang. Layari success.com untuk maklumat lanjut.

Pernyataan Perlindungan dan Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran media ini mengandungi kenyataan pandangan ke hadapan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan ini mencerminkan jangkaan semasa Syarikat dan pengurusannya tetapi melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh memberikan kesan kepada keputusan sebenar secara material. Kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang pertumbuhan ke peringkat antarabangsa, kejayaan ejen secara individu dan ketersediaan program pemilikan ekuiti. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara ketara dan negatif daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan termasuk turun naik pasaran hartanah, perubahan dalam pengekalan atau pengambilan ejen, keupayaan Syarikat untuk berkembang dengan berjaya di pasaran antarabangsa, tekanan persaingan, perubahan peraturan serta risiko lain yang diperincikan dalam pemfailan Syarikat dengan SEC. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini kenyataan ini kecuali sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang.

Hubungi Perhubungan Media
eXp World Holdings, Inc.
mediarelations@expworldholdings.com

Hubungan Perhubungan Pelabur
Denise Garcia, Managing Partner
Hayflower Partners
investors@expworldholdings.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ce681ede-7b58-481f-a422-d838edc60491


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions